Posts

KHUTBAH

KHUTBAH Bismillahirrahmanirrahim, Tiba-tiba rasa terpanggil untuk berkongsi buah fikiran tentang perkara biasa kita dengar lagi-lagi lelaki muslim iaitu tentang "khutbah". Pada saya, khutbah yang berkesan bukanlah sekadar mengikut teks tetapi difahami & disampaikan dari hati dengan niat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya anak muda Sebenarnya, khutbah antara medium yang ampuh untuk menyuntik semangat kepada anak muda (especially lelaki) supaya mendalami agama. Skop tajuk seharusnya membuka minda pemuda supaya memikirkan tentang kepentingan Islam dalam hidup & sepatutnya memberi kesan kepada diri yang mendengar agar terus memartabatkan Islam Tajuk yang diketengahkan pula wajar berkisarkan tentang polemik yang berlaku dalam kalangan anak muda. Contohnya, ateisme, liberalisme, pergaulan bebas, lgbt dan lain-lain yang berkaitan. Kenapa tajuk-tajuk sebegini penting dalam khutbah? Supaya anak muda tahu bahawa Islam ada penyelesaian untuk polemik...

KEWUJUDAN TUHAN IAITU ALLAH SWT

KEWUJUDAN TUHAN IAITU ALLAH SWT Apabila kita berfikir & merenung tentang hakikat kehidupan manusia, kita takkan terlepas daripada memikirkan tentang asal usul kejadian dunia/alam yang kompleks ini.  Maka, selalu timbul dalam pemikiran manusia yang waras bahawa pasti ada sesuatu yang mengawal & mentadbir alam ini sejak dahulu lagi sebelum kita dilahirkan ke dunia ini. Itulah fitrah semulajadi manusia yang sentiasa mencari-cari kebenaran yang tersingkap disebalik kejadian yang ada di muka bumi ini. Namun, agak memelikkan, ada segelintir manusia yang menafikan bahawa ada 'sesuatu' yang mengawal alam ini & hal ini terjadi kepada golongan pemikir yang mengatakan & berpendirian bahawa tidak masuk akal untuk mempercayai adanya Tuhan.  Pada pendapat mereka, dunia ini terjadi dengan sendirinya. Tetapi, bagaimana sesuatu itu boleh tercipta & wujud di dunia ini tanpa pencipta? Analogi mudah, jika kita berkata kepada orang ramai bahawa handphone yang kita pe...