KEWUJUDAN TUHAN IAITU ALLAH SWT

KEWUJUDAN TUHAN IAITU ALLAH SWT


Apabila kita berfikir & merenung tentang hakikat kehidupan manusia, kita takkan terlepas daripada memikirkan tentang asal usul kejadian dunia/alam yang kompleks ini. 

Maka, selalu timbul dalam pemikiran manusia yang waras bahawa pasti ada sesuatu yang mengawal & mentadbir alam ini sejak dahulu lagi sebelum kita dilahirkan ke dunia ini. Itulah fitrah semulajadi manusia yang sentiasa mencari-cari kebenaran yang tersingkap disebalik kejadian yang ada di muka bumi ini.

Namun, agak memelikkan, ada segelintir manusia yang menafikan bahawa ada 'sesuatu' yang mengawal alam ini & hal ini terjadi kepada golongan pemikir yang mengatakan & berpendirian bahawa tidak masuk akal untuk mempercayai adanya Tuhan. 

Pada pendapat mereka, dunia ini terjadi dengan sendirinya. Tetapi, bagaimana sesuatu itu boleh tercipta & wujud di dunia ini tanpa pencipta?

Analogi mudah, jika kita berkata kepada orang ramai bahawa handphone yang kita pegang ni terjadi dengan sendiri, apa yang akan berlaku?
Mesti kita akan digelar sebagai orang yang tak waras. Begitulah juga dengan orang mengatakan bahawa dunia ini tiada pencipta. Sungguh pelik dengan klaim yang dibuat oleh golongan yang 'terlalu' pandai ini. 

Maka, kita dapat simpulkan di sini, bahawa jika hidup kita ini ditentukan oleh diri kita, mengapa apa yang kita nak & harapkan tidak berjalan seperti yang diharapkan? Nak kata itu hukum alam? Ok, kalau hukum alam, siapa yang mengawal hukum alam itu? Mesti akan wujud dalam pemikiran manusia, tentang siapa. Itu fakta yang kita tidak dapat nafikan sama sekali.

Firman Allah Taala dalam Quran, Surah Al-Tur, ayat 35 :
أم خلقوا من غير شيء أم هم الخالقون 
Maksudnya :
Atau apakah mereka tercipta tanpa asal usul atau mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?

Berdasarkan firman Allah itu, maka sangat logik untuk mengatakan bahawa tuhan itu wujud & Allah itu Tuhan bagi sekalian alam & juga pencipta yang mencipta segala-galanya yang ada di langit & di bumi. 

Janganlah jadi orang yang degil untuk mengakui kebenaran ini, wahai sekalian manusia.

Irfan Afifi
Usuluddin & Perbandingan Agama
UIAM Gombak

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KHUTBAH