KHUTBAH
KHUTBAH
Bismillahirrahmanirrahim,
Tiba-tiba rasa terpanggil untuk berkongsi buah fikiran tentang perkara biasa kita dengar lagi-lagi lelaki muslim iaitu tentang "khutbah".
Pada saya, khutbah yang berkesan bukanlah sekadar mengikut teks tetapi difahami & disampaikan dari hati dengan niat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya anak muda
Sebenarnya, khutbah antara medium yang ampuh untuk menyuntik semangat kepada anak muda (especially lelaki) supaya mendalami agama. Skop tajuk seharusnya membuka minda pemuda supaya memikirkan tentang kepentingan Islam dalam hidup & sepatutnya memberi kesan kepada diri yang mendengar agar terus memartabatkan Islam
Tajuk yang diketengahkan pula wajar berkisarkan tentang polemik yang berlaku dalam kalangan anak muda. Contohnya, ateisme, liberalisme, pergaulan bebas, lgbt dan lain-lain yang berkaitan.
Kenapa tajuk-tajuk sebegini penting dalam khutbah? Supaya anak muda tahu bahawa Islam ada penyelesaian untuk polemik yang berlaku. Agama Islam sebenarnya mencakupi seluruh aspek kehidupan & tidak terbatas di masjid dan surau sahaja. Tapi sadis, apabila realiti hari ini pengamalan Islam hanya di situ sahaja.
Sekian coretan yang pendek ini.
Semoga bermanfaat
Wassalam.
Irfan Afifi
Usuluddin & Perbandingan Agama
UIAM Gombak
Comments
Post a Comment