KHUTBAH
KHUTBAH Bismillahirrahmanirrahim, Tiba-tiba rasa terpanggil untuk berkongsi buah fikiran tentang perkara biasa kita dengar lagi-lagi lelaki muslim iaitu tentang "khutbah". Pada saya, khutbah yang berkesan bukanlah sekadar mengikut teks tetapi difahami & disampaikan dari hati dengan niat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya anak muda Sebenarnya, khutbah antara medium yang ampuh untuk menyuntik semangat kepada anak muda (especially lelaki) supaya mendalami agama. Skop tajuk seharusnya membuka minda pemuda supaya memikirkan tentang kepentingan Islam dalam hidup & sepatutnya memberi kesan kepada diri yang mendengar agar terus memartabatkan Islam Tajuk yang diketengahkan pula wajar berkisarkan tentang polemik yang berlaku dalam kalangan anak muda. Contohnya, ateisme, liberalisme, pergaulan bebas, lgbt dan lain-lain yang berkaitan. Kenapa tajuk-tajuk sebegini penting dalam khutbah? Supaya anak muda tahu bahawa Islam ada penyelesaian untuk polemik...